SUPERB VITAMINS!
Let's shop with us.

Wednesday, November 5, 2014

MAHU ANAK PINTAR??

                                      MINYAK IKAN TULEN OMEGA GUARD SHAKLEE



KHAS UNTUK IBU BAPA YANG PRIHATIN!!

 Hadiah atau berikan suplemen terbaik untuk anak anda. 

 Kenapa memilih Omega Guard? 

 - komposisi: Asid lemak Omega 3- DHA dan  EPA
 - baik dalam meningkatkan kecerdasan anak-anak
 - membantu merawat asma 
 - meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kesihatan optimum kanak-kanak.

Cara pengambilan:

-  anak yang masih minum susu botol, boleh pecahkan softgel tersebut dan larutkan minyak ikan tersebut dalam susu.
-  anak yang telah makan nasi dan lauk, boleh terus pecahkan dan campurkan dalam makanan tersebut.
-  jangan lupa membaca doa dan niat beserta kasih sayang agar anak cemerlang.

PROMOSI HEBAT & DAPATKAN PADA HARGA MAMPU MILIK!! Konsultasi diberikan.

SID:1173442
FB:Shaklee Johor/ tamanraudhahku.blogspot.com
Hp: 016 917 7899
Cod: bandaraya JB / BBU/ Larkin
POS: Seluruh Malaysia
 

Berjuang itu ada pahit dan manisnya, bismillah

Bismillah.. 
Permulaan yang baru, disertai dengan niat, akhirnya bertemu lagi saya dengan bolg yang telah ditinggalkan sepi 4 tahun lamanya. Allah merancang yang terbaik untuk diri ini. Membaca coretan-coretan lama, oh tidak, betapa sikap kebudak-budakan dalam meniti usia awal remaja. 

Kini, dikurniakan Allah zauj yang memahami dan saling melengkapi, anugerah Amani (ketenanganku) penambah seri. 2014. Semoga November ini mendatangkan nilai kehidupan lebih bermakna buat diri kita, pejuang agama Allah. 


Ummuamani@ 1.02 p.m 4/11/14

Sunday, May 15, 2011

Wajah penyimbah asid


sumber: jardness.com

Subhanallah..

tudung labuh vs tudung pendek

LAIN ORANG LAIN PANDANGAN..NI PANDANAGAN AKU LA..

- Seronok sangat tengok orang pakai tudung labuh..serta merta rasa sejuk masuk terus dalam hati..
- tengok orang pakai tudung melayu...yang pendek atas dada tu..hati rasa panas..walaupun aku tahu pakai tudung camtu rasa xpanas sangat..huhuhu..

- lagi panas kalau tudung tu pakai dengan t-shirt lengan pendek..rasa macam panas+bahang+berapi..


- kenapa ye??

Wednesday, October 13, 2010

JAWATAN KOSONG GURU SEKOLAH MENENGAH

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Perhatian! Terdapat 2 kekosongan guru yang perlu diisi segera!

Jawatan kosong Januari 2011
SM TAHFIZ INTEGRASI SRI PINTAR, SHAH ALAM

GURU BAHASA ARAB DAN SUBJEK SMA
* ijazah dalam bahasa arab@ dinniyah@yang setaraf dari IPT
* jawatan tetap
* mempunyai minat untuk mengajar
* lelaki / perempuan
* mendidik pelajar sekolah menengah
* gaji /insentif berdasarkan pengalaman

GURU B.INGGERIS /MATEMATIK/ SEJARAH
* jawatan tetap
* Ijazah dalam bidang berkaitan
* lelaki/ perempuan
* mempunyai minat mendalam sebagai pendidik
* gaji/ insentif yang menarik disediakan

Hubungi segera Puan Yati: 019-5622806 atau
emelkan resume ke hayatiali86@gmail.com
atau Cik Siti: sya1215@gmail.com.

rujukan: www.sripintar.edu.my

Sekian.

Thursday, March 18, 2010

ikhlaskah aku?~

~ikhlas itu terletak di hati..
tapi hanya Allah yang mengetahui sejauh mana keihklasan hambaNya
kita terkadang tidak pasti..apabila ada soalan..
ikhlaskah aku?? maka, saat itu kita sepatutnya sedar ikhlas itu sepatutnya
tidak wujud soalan demikian.~

moga beroleh rasa ikhlas yang sebenar apabila berbuat kebaikan
bukan untuk sebarang niat tersurat @ tersirat..~

wallahu'alam.

Saturday, January 9, 2010

yang mana satu??

antara dua???
-mendapat 2 interview pada hari dan masa yang sama sangat memberatkan kepala. Mana satu yang harus dipilih? satu yang xpasti dapat tetapi terjamin dan keputusan yang lambat. Satu lagi yang pasti dapat(dgn izin Allah) dan boleh diketahui dalam masa yang singkat tetapi kedudukannya adalah sementara. Aku benar- benar tidak pasti. Dalam kesamaran itu, aku meminta sedikit nasihat dari pelbagai pihak dan pada saat ini, aku terpaksa (keterpaksaan) menanti keputusan yang tinggal lagi 2 bulan. Kau bantulah aku ya Allah..aku tidak tahu......

Wednesday, December 9, 2009

ukhwah itu bagaimana?

Disertakan sedikit ilmu mengenai ukhwah, moga dapat difahami oleh umat sejagat~

1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)

4. ada bebrapa pendapat yang menyatakan bagaimana ukhwah itu boleh tergugat~

* Berbicara dengan nada yang tinggi dan kasar
* tidak mendengar dan tidak tahu menghargai Pendapatnya
* Selaluberbantahan dengan kasar dan keras, tanpa hikmah
* mengkritik sesuatu itu terlalu panjang...
* wujud sangkaan buruk dan 'Negative Thinking'

wahai sahabat, binalah ukhwah kerana Allah. Engkau akan merasa kasih sayang hamba itu dekat kepadamu hatta kamu berada dalam linkungan dan jarak yang jauh beribu batu.
Khususan buat sahabat yang aku sgt2 merasa sentuhan di hati sejak aku mengenali mereka hingga kini~(tidaklah bermaksud sahabat yang lain dipinggirkan)- farah, zihan, zakiah, aisyah, aya dan ustazah normah.. terima kasih.

terima kasih: Saudara Azraai Ahmad
Pengarang virus2 ukhwah:Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Tuesday, December 1, 2009

pesanan buat hati

"Jgn menyukai sesuatu itu melampau2, kelak ditakuti kamu akan membencinya suatu hari nanti"..
...dahulu,aku tertanya2 apa pengertian daripada peringatan Allah ini..
...sekarang, aku tidak perlu bertanya bila aku sudah dapat merasa perasaan seperti ini..
...terima kasih ku ucap pd semua shbat yg setia menyokong dan mendoakan aku..tidak ku sangka kalian sungguh memihak pada aku..
...aku sangat2 menghargai kalian..tanpa aku sedari aku mampu menghadapinya..
...tp sebenarnya aku rasa ada sesuatu yang kurang pada hati ini??mungkinkah rasa
geram, dendam, benci yang berbaur2..tidak mungkin..itu tanda penyakit hati..aku tidak mahu dikuasai rasa dan pemikiran yang sebegitu..
...Allah, kau bantulah aku mengusir semua perasaan yang tidak enak ini..gantikan aku dengan rasa redha dan syukur kpdMu..kerana Engkau lebih mengerti apa yang terbaik buat diri ini..
...Kau bukakan pintu hati ini untuk menerima semua ujian Engkau dgn redha.

"Fahza..ada orang menyampaikan salam ukhwah kepaadmu"..ujar Salwa,sambil tersenyum dan membetulkan duduk.

"Yelah tu"..jawabku sambil jemariku sibuk menaip huruf - huruf di keyboard laptopku. Aku tidak kuasa melayan. Salwa sejak akhir-akhir ini asyik sahaja tersenyum sahaja apabila memandangku.

kini, baru aku mengerti erti sebuah senyuman yang dipamerkan oleh sahabatku Salwa.
Terima kasih ya Allah, kau hadiahkan aku pasangan hati melalui perantaraan sahabatku yang yang berjiwa teguh dan suka tersenyum itu.

Baru kusedari cinta manusia sentiasa berubah-ubah, terkadang tahu berjanji, memberi harapan dan tanpa sedar atau dengan sedar akhirnya memungkiri.
Bersangka baiklah dengan Allah, kerana dia akan memberi yang terbaik buat kita.

~nukilan ini ditujukan khas buat sahabatku yang putus cinta dengan
kata-kata 'cinta itu buta'~

Saturday, November 14, 2009

memoriku akhir november~

~penghujung november..awal disember~
cuti persekolahan hampir tiba..tamatlah riwayat aku untuk mengajar sebab murid2 akan mula brcuti..SPM pun da menghampiri..aku yang jd berdebar memikirkan adik yang akan menduduki exam tahun ini..kami jd risau kerana dia xserajin kakak2 nya yang lain~
munkinkah kerana dia lelaki??entahlah..tiada beza klo ikutkan lelaki dan perempuan..
erm..12 nov aritu, aku join la sekali kursus pengurusan jenazah anjuran muballighat JAIS n PPD PETALING..banyaknyer ilmu yang aku dapat dalam kursus ini..bila nk dminta jd model..erm..tergerak juga ingin mencuba tapi da ada volunteer yang lebih awal..xkan nk berebut pula kan???hehe..yang paling aku tersentuh dan sgt2 terharu melihat ustzh Hindon Abdullah yang bole dgelar warga emas tetapi semangatnyer..masyaAllah..staminanya melakukan solat sunat tasbih sgt2 dikagumi~
yang paling klako pada petang itu ialah kasut2 kami yang diletak di luar surau tersebut dihanyut banjir.ntah kenapa kami tidak menyedari air hujan yang sangat lebat selepas zohor telah menenggelamkan kasut kami tetapi dapatlah diselamatkan..alhamdullilah..yang penting ilmu yang kami dapat sepanjamg mengikuti program tersebut~salam