SUPERB VITAMINS!
Let's shop with us.

Wednesday, December 9, 2009

ukhwah itu bagaimana?

Disertakan sedikit ilmu mengenai ukhwah, moga dapat difahami oleh umat sejagat~

1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)

4. ada bebrapa pendapat yang menyatakan bagaimana ukhwah itu boleh tergugat~

* Berbicara dengan nada yang tinggi dan kasar
* tidak mendengar dan tidak tahu menghargai Pendapatnya
* Selaluberbantahan dengan kasar dan keras, tanpa hikmah
* mengkritik sesuatu itu terlalu panjang...
* wujud sangkaan buruk dan 'Negative Thinking'

wahai sahabat, binalah ukhwah kerana Allah. Engkau akan merasa kasih sayang hamba itu dekat kepadamu hatta kamu berada dalam linkungan dan jarak yang jauh beribu batu.
Khususan buat sahabat yang aku sgt2 merasa sentuhan di hati sejak aku mengenali mereka hingga kini~(tidaklah bermaksud sahabat yang lain dipinggirkan)- farah, zihan, zakiah, aisyah, aya dan ustazah normah.. terima kasih.

terima kasih: Saudara Azraai Ahmad
Pengarang virus2 ukhwah:Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Tuesday, December 1, 2009

pesanan buat hati

"Jgn menyukai sesuatu itu melampau2, kelak ditakuti kamu akan membencinya suatu hari nanti"..
...dahulu,aku tertanya2 apa pengertian daripada peringatan Allah ini..
...sekarang, aku tidak perlu bertanya bila aku sudah dapat merasa perasaan seperti ini..
...terima kasih ku ucap pd semua shbat yg setia menyokong dan mendoakan aku..tidak ku sangka kalian sungguh memihak pada aku..
...aku sangat2 menghargai kalian..tanpa aku sedari aku mampu menghadapinya..
...tp sebenarnya aku rasa ada sesuatu yang kurang pada hati ini??mungkinkah rasa
geram, dendam, benci yang berbaur2..tidak mungkin..itu tanda penyakit hati..aku tidak mahu dikuasai rasa dan pemikiran yang sebegitu..
...Allah, kau bantulah aku mengusir semua perasaan yang tidak enak ini..gantikan aku dengan rasa redha dan syukur kpdMu..kerana Engkau lebih mengerti apa yang terbaik buat diri ini..
...Kau bukakan pintu hati ini untuk menerima semua ujian Engkau dgn redha.

"Fahza..ada orang menyampaikan salam ukhwah kepaadmu"..ujar Salwa,sambil tersenyum dan membetulkan duduk.

"Yelah tu"..jawabku sambil jemariku sibuk menaip huruf - huruf di keyboard laptopku. Aku tidak kuasa melayan. Salwa sejak akhir-akhir ini asyik sahaja tersenyum sahaja apabila memandangku.

kini, baru aku mengerti erti sebuah senyuman yang dipamerkan oleh sahabatku Salwa.
Terima kasih ya Allah, kau hadiahkan aku pasangan hati melalui perantaraan sahabatku yang yang berjiwa teguh dan suka tersenyum itu.

Baru kusedari cinta manusia sentiasa berubah-ubah, terkadang tahu berjanji, memberi harapan dan tanpa sedar atau dengan sedar akhirnya memungkiri.
Bersangka baiklah dengan Allah, kerana dia akan memberi yang terbaik buat kita.

~nukilan ini ditujukan khas buat sahabatku yang putus cinta dengan
kata-kata 'cinta itu buta'~