SUPERB VITAMINS!
Let's shop with us.

Wednesday, December 9, 2009

ukhwah itu bagaimana?

Disertakan sedikit ilmu mengenai ukhwah, moga dapat difahami oleh umat sejagat~

1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)

4. ada bebrapa pendapat yang menyatakan bagaimana ukhwah itu boleh tergugat~

* Berbicara dengan nada yang tinggi dan kasar
* tidak mendengar dan tidak tahu menghargai Pendapatnya
* Selaluberbantahan dengan kasar dan keras, tanpa hikmah
* mengkritik sesuatu itu terlalu panjang...
* wujud sangkaan buruk dan 'Negative Thinking'

wahai sahabat, binalah ukhwah kerana Allah. Engkau akan merasa kasih sayang hamba itu dekat kepadamu hatta kamu berada dalam linkungan dan jarak yang jauh beribu batu.
Khususan buat sahabat yang aku sgt2 merasa sentuhan di hati sejak aku mengenali mereka hingga kini~(tidaklah bermaksud sahabat yang lain dipinggirkan)- farah, zihan, zakiah, aisyah, aya dan ustazah normah.. terima kasih.

terima kasih: Saudara Azraai Ahmad
Pengarang virus2 ukhwah:Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Tuesday, December 1, 2009

pesanan buat hati

"Jgn menyukai sesuatu itu melampau2, kelak ditakuti kamu akan membencinya suatu hari nanti"..
...dahulu,aku tertanya2 apa pengertian daripada peringatan Allah ini..
...sekarang, aku tidak perlu bertanya bila aku sudah dapat merasa perasaan seperti ini..
...terima kasih ku ucap pd semua shbat yg setia menyokong dan mendoakan aku..tidak ku sangka kalian sungguh memihak pada aku..
...aku sangat2 menghargai kalian..tanpa aku sedari aku mampu menghadapinya..
...tp sebenarnya aku rasa ada sesuatu yang kurang pada hati ini??mungkinkah rasa
geram, dendam, benci yang berbaur2..tidak mungkin..itu tanda penyakit hati..aku tidak mahu dikuasai rasa dan pemikiran yang sebegitu..
...Allah, kau bantulah aku mengusir semua perasaan yang tidak enak ini..gantikan aku dengan rasa redha dan syukur kpdMu..kerana Engkau lebih mengerti apa yang terbaik buat diri ini..
...Kau bukakan pintu hati ini untuk menerima semua ujian Engkau dgn redha.

"Fahza..ada orang menyampaikan salam ukhwah kepaadmu"..ujar Salwa,sambil tersenyum dan membetulkan duduk.

"Yelah tu"..jawabku sambil jemariku sibuk menaip huruf - huruf di keyboard laptopku. Aku tidak kuasa melayan. Salwa sejak akhir-akhir ini asyik sahaja tersenyum sahaja apabila memandangku.

kini, baru aku mengerti erti sebuah senyuman yang dipamerkan oleh sahabatku Salwa.
Terima kasih ya Allah, kau hadiahkan aku pasangan hati melalui perantaraan sahabatku yang yang berjiwa teguh dan suka tersenyum itu.

Baru kusedari cinta manusia sentiasa berubah-ubah, terkadang tahu berjanji, memberi harapan dan tanpa sedar atau dengan sedar akhirnya memungkiri.
Bersangka baiklah dengan Allah, kerana dia akan memberi yang terbaik buat kita.

~nukilan ini ditujukan khas buat sahabatku yang putus cinta dengan
kata-kata 'cinta itu buta'~

Saturday, November 14, 2009

memoriku akhir november~

~penghujung november..awal disember~
cuti persekolahan hampir tiba..tamatlah riwayat aku untuk mengajar sebab murid2 akan mula brcuti..SPM pun da menghampiri..aku yang jd berdebar memikirkan adik yang akan menduduki exam tahun ini..kami jd risau kerana dia xserajin kakak2 nya yang lain~
munkinkah kerana dia lelaki??entahlah..tiada beza klo ikutkan lelaki dan perempuan..
erm..12 nov aritu, aku join la sekali kursus pengurusan jenazah anjuran muballighat JAIS n PPD PETALING..banyaknyer ilmu yang aku dapat dalam kursus ini..bila nk dminta jd model..erm..tergerak juga ingin mencuba tapi da ada volunteer yang lebih awal..xkan nk berebut pula kan???hehe..yang paling aku tersentuh dan sgt2 terharu melihat ustzh Hindon Abdullah yang bole dgelar warga emas tetapi semangatnyer..masyaAllah..staminanya melakukan solat sunat tasbih sgt2 dikagumi~
yang paling klako pada petang itu ialah kasut2 kami yang diletak di luar surau tersebut dihanyut banjir.ntah kenapa kami tidak menyedari air hujan yang sangat lebat selepas zohor telah menenggelamkan kasut kami tetapi dapatlah diselamatkan..alhamdullilah..yang penting ilmu yang kami dapat sepanjamg mengikuti program tersebut~salam

Tuesday, October 27, 2009

selamat kembali~~

hahahaha..sekian lame xupdate this blog..sbb lupa password..masalah biasa kebanyakan orang!!da masukkan sume yg sewaktu dgnnya..last2 kna reset yg baru..what's ever..sekarang ni musim exam..same je ttp byk kje wlpon exam..padahal bukannyer org penting pun..bestnyer byk brg da berjaya terjual..!~johor mmg best!!
(klo org yg xrapat ngn aku msti tertnyer2..ntah pe si sya tu merapu~(ehemm..)

Friday, September 11, 2009

BAGAIMANA MEMBUAT PILIHAN MENURUT ISLAM?

1 MESTI ADA MATLAMAT HIDUP
2 MENYENARAIKAN PILIHAN YANG MEMBANTU ANDA MENCAPAI MATLAMAT
3 MEMILIH PILIHAN YANG KURANG MUDHARAT TETAPI MESTILAH BERSANDARKAN KEPADA PETUNJUK
ILLAHI..BAGAIMANA??
DENGAN MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH~
4 KEMUDIAN, BARULAH BERTAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T, BERDOALAH MEMOHON KEREDHAAN
DARI-NYA.

Tuesday, September 8, 2009

KERAJAAN demokrasi~

Topik yang aku belajar dan perlu mengajar murid hari ini bertajuk demokrasi. Bila aku menyoal mereka , majoriti tidak tahu pengertian demokrasi tetapi alhamdullilah, bila ditanya pernah atau tidak mendengar perkataan ini..YA.. 
pernah..tapi, ada juga yang mengatakan tidak pernah..hermm..tidak mengapalah muridku, kelas yang ini memang lewat dan perlukan kesabaran sedikit.. bukan sedikit, agak banyak..
mengapa aku katakan lewat??..kerana mereka seolah-olah ketinggalan, tugas guru menjadikan mereka faham dan paling penting sekurang-kurangnya tahu
apa yang dikatakan dengan demokrasi~ bersabarlah aiesyah!~

Friday, August 28, 2009

~Ramadhan oo ramadhan~

assalamualaikum..

Jumaat pertama Ramadhan!!~ ini bermakna masa untuk aku bercuti di kampung sudah hampir tamat tempohnya..
waaaa~kena la kembali bertugas di tempat keje..oo sekolahku.. mesti aku cam biasa akan merindui masakan mak~~wawaaa~

Wednesday, August 26, 2009



HEMBUSAN KASTURI~

by: inteam

Seindahnya pelangi cantik
Mewarnai bumi
Menghiasi pentas dunia ini
Yang dulu kehilangan sinarnya

Selembutnya suara merdu
Menusuk di jiwa
Mengalunkan kata-kata hikmah
Membajai kekuatan diri

Tapi kini bertaburan
Titik noda-noda hitam
Berkeliaran di persadar kesenian
Menutur nista yang membimbangkan
Semuanya yang akan memandang
Kucuba mewarnainya kembali
Alunan suci yang abadi
Semerdu kalam Mu Ya Illahi
Memberi ketenangan di hati
Seindah sabda dan selawat nabi
Sunnah rasul contoh buat diri
Melengkapi kehidupan insani

Selembut bayu hembusan kasturi
Seindah cerianya suria pagi
Sedamai hati memuji Illahi
Bagaikan di taman firdausi

Seharumnya wangi kasturi
Oh… tiada terperi
Harum baunya menghiasi diri
Dari hati kan jatuh ke hati
Pastinya dari hati yang bersih
itulah hembusan kasturi

...(^-^)~lagu yang menusuk kalbu


p/s: terbayangkan jasad para syuhada'..
baunya mesti seharum dan lebih dari ini.

Tuesday, August 25, 2009

terima kasih sahabat..~

Terima kasih teman-teman, ukhti, akh yang berada di sampingku~ saat-saat getir tika ujian menimpaku~

Allah, kau datangkan cahaya selepasnya..janji Allah itu benar..

Allah tidak akan membebankan seseorang hambaNya dengan >sesuatu yang tidak mampu ditanggung.~


juz to say..:-) bersangka baiklah dengan Allah walau dalam keadaan apa jua sekalipun~